edit :
UhiBBUki FiLLaH
Thursday, 22 December 2011 ❖ 23:00 | 0 Comment [s]





Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatu... 

Korang tahu apa itu makna uhibbuki fillah...ramai diantara kita yg mengatakan uhibbuki fillah makna nya Mencintaimu kerana Allah...Memanglah, tpi itu hanyalah direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya termasuklah tasha... sebahagian diantara kita Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya...

"Cemburu dalam berukhwah? tasha setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir erti uhibuki fillah itu sendiri.. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, minta dijauhkan perasaan sebegini...

 tasha akui ini adalah kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang jaganlah sampai timbulnya perasaan ingin memiliki.
 Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : " Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang melebihkan orang lain adalah tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna kesederhanaan. Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana.Nasihat ini jelas untuk tasha dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi.oleh itu tasha nak mengingatkan dahulu sebelum terkena pada korang smue
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan rugi semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati..
  Moga ini dapat menjadi renungan untuk korang smue.. mungkin ini hanyalah topic biasa tpi mungkin perkara-perkara ini bakal terjadi kat korang smue , kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali. 
Untuk sahabat-sahabat  tasha di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah kita hingga ke jannah hendaknya...


Older Post | Newer Post

Welcome Note

Assalamualaikum/Annyeonghaseyo Earth-lings! Welcome To My Blog! My name is T-sha Lavigne. Age 14. Please be nice here and enjoy your stay! :D
Replace This With Your Own Profile

T-sha Lavigne

Create Your Badge