edit :
ERTi PERSAHABATAN...
Friday, 23 December 2011 ❖ 07:12 | 0 Comment [s]


Dalam dunia ini,
Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri..
Tetapi dalam kita bersendiri,
Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana korang smua mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga sahabat korang itu..
Tetapi korang sering terlupa akan hal itu.
Korang cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan korang.

Korang rasa dikhianati bila sahabat korang tidak menepati janjinya.
Korang tidak memberi sahabat korang peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi korang,
Itu alasannya untuk menutup kesilapan yg telah sahabat korang lakukan dan untuk membela dirinya.
Korang sebenarnya tersilap, sebenarnya korang juga pernah membiarkan sahabat korang ternanti-nanti..
Korang juga ada janji yang tidak ditepati.
korang beri beribu alasan dan memaksa sahabat korang untuk menerima alasan yang korang cakap..

Waktu itu, terfikirkah korang smue tentang perasaannya??
Sama seperti korang , sahabat korang juga tahu rasa kecewa.. tetapi korang tidak memikirkannya..
betapa Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di
sisi kita pada waktu kita memerlukan pertolongan...

sahabat korang mendengar luahan perasaan korang,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian yang korang luahkan,
sahabat korang memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya korang terlalu asyik bercerita tentang diri sendiri,
Hingga kadang-kadang terlupa kawan korang juga
pernah tak korang terpikir ada cerita yang ingin sahabat kongsi bersama korang smue.

Pernahkah korang memberi sahabat korang peluang untuk menceritakan
tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah korang smue menenangkan sahabat korang sebagaimana mereka pernah
menyabarkan korang?

Ikhlaskah korang smue mendengar tentang kejayaan dan berita
gembira mereka?

Mampukah korang menjadi sumber kekuatan mereka seperti mana mereka meniup semangat setiap kali korang  merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah korang yakinkan sahabt korang bahawa korang smue boleh dipercayai,
bolehkah korang buktikan yang korang boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila mereka terasa lemah,

Bolehkah korang menjadi bahu untuk sahabat korang sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat koramg smue,
Kerana mereka juga seorang manusia..
mereka juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
sahabat korang juga ada kelemahan dan mereka juga perlukan sahabat sebagai kekuatan.

Jadikanlah korang sahabatnya itu.
kadang-kadang korang selalu melihat sahabat korang itu ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya mereka tidak setabah
yang korang sangka.
Disebalik senyumannya itu,
mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik kesenangannya,
mungkin tersimpan seribu kekalutan,
korang tidak tahu..
tetapi jika korang cuba jadi sahabat sepertimana mereka menjadi sahabat kepada diri korang,
mungkin korang akan tahu dan memahaminya...


Older Post | Newer Post

Welcome Note

Assalamualaikum/Annyeonghaseyo Earth-lings! Welcome To My Blog! My name is T-sha Lavigne. Age 14. Please be nice here and enjoy your stay! :D
Replace This With Your Own Profile

T-sha Lavigne

Create Your Badge