
|
edit : MiNDa CINTA Yg SeMpiT...
Monday, 5 December 2011 ❖ 20:31 | 0 Comment [s]
Percayalah bahawa cinta yang difahami oleh remaja sekarang adalah cinta yang amat sempit. Mengapa? ini kerana mereka tidak mempunyai sumber atau tempat rujukan dalam memahami erti cinta yg luas.kebanyakan remaja memahami cinta daripada pergaulan dengan rakan-rakan. Remaja juga mempelajari tentang cinta secara tidak formal.bagi mereka,cinta adalah sesuatu yang perlu mereka cari sendiri tanpa perlu dirujuk pada sesiapa.ini adalah suatu prinsip yang amat bahaya.namun senario untuk tidak bertanya tentang cinta telah menjadi budaya remaja hari ini. Jika ditanyakan 'apakah itu cinta?' pada seorang kanak-kanak berumur enam tahun,pasti mereka akan terdiam kerana mereka tidak dapat untuk menjawabnya.jika ditanya pada kanak-kanak di sekolah rendah 'apakah itu cinta?' waktu itu pasti sudah ada di kalangan mereka yang mampu memberikan pengertian cinta.barangkali cinta bagi mereka adalah rasa suka kepada yang berlainan jantina. Langsung, jika soalan 'apakah itu cinta?' ditanya kepada remaja yang meningkat dewasa,mereka akan mula memberikan jawapan yang berbeza dan berbagai.jika dilihat di laman-laman blog anak muda sekarang,berbagai interpretasi cinta yg mereka sebutkan.masing-masing memberikan pandangan bersumberkan sesuatu yang tidak pasti.kebanyakannya mengambil falsafah cinta daripada filem-filem romantik,lirik-lirik lagu dan novel-novel berkarya.ini menunjukkan bahawa remaja sekarang mengambil definisi cinta menerusi media elektronik dan cetak. Apa jua definisi mereka,secara umum ia menunjukkan bahawa cinta itu sebenarnya adalah suatu gambaran tentang kasih sayang yg diepersembahkan dalam bentuk yang berbeza.secara keseluruhannya,cinta yang remaja kenali adalah cinta kepada pasangan atau kekasih.Lebih mudah dikenali pada masa kini dengan istilah cinta COUPLE.hanya itu sahaja yang ada dalam fikiran mereka.sehingga mereka tidak mengenali cinta-cinta lain. 1- CINTA KEPADA ALLAH 2-CINTA KEPADA RASUL 3-CINTA KEPADA TANAH AIR Hasilnya,atmosfera kehidupan di sekeliling remaja hari ini sedang menjuruskan pemikiran remaja ke arah cinta yang sempit.cinta yang dipenuhi fantasi keseronokan yang membawa banyak masalah.menerusi cinta teruna dan dara ini kita melihat pelbagai situasi masyarakat kian parah.. contohnya : kes cemburu,kes pembuangan bayi,kes tangkapan maksiat dan sebagainya... Nilai-nilai karisma remaja kian runtuh dan suasana masyarakat semakin rencam disebabkan wajah cinta yang cuba dipaparkan untuk dibudayakan adalah terlalu SEMPIT dan LEMAH... RENUNG-RENUNGKAN LAH!!!
|
![]() Assalamualaikum/Annyeonghaseyo Earth-lings! Welcome To My Blog! My name is T-sha Lavigne. Age 14. Please be nice here and enjoy your stay! :D Replace This With Your Own Profile T-sha Lavigne ![]() Create Your Badge |