
|
edit : Muhasabah Diri???
Tuesday, 27 December 2011 ❖ 04:43 | 0 Comment [s]
Boleh dikatakan setiap masa akan berlakunya maksiat di zaman ni, tidak kira di mana jua. Tapi apa yang harus korang smue lakukan untuk menghindarinya? Salah satu cara untuk menghindari maksiat ialah dengan sentiasa bermuhasabah. Apa yang dimaksudkan dengan muhasabah? Muhasabah ialah satu tindakan yang penuh teliti terhadap segala tingkah laku agar tidak mendatangkan kemurkaan Allah. Jadi, setiap orang yang beriman wajib melakukan muhasabah diri atau memperbaiki diri dalam setiap tindakan agar sifat yg mendatangkan maksiat tidak bersarang di dalam hati korang smue.. Firman Allah dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membuat bencana di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membuat bencana.” Jika korang ingin bermuhasabah diri korang juga perlu mempunyai sifat membersihkan diri, jiwa dan pemikiran. Menerima nasihat serta sentiasa memohon petunjuk dan hidayah di samping memohon keampunan Allah. Senang kata, muhasabah diri memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang yang beriman kerana ia dapat meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan sentiasa memelihara diri daripada membuat sebarang kemungkaran dan larangan Allah s.w.t. Terutama dalam muhasabah diri boleh menghindari maksiat yang sangat dituntut pada zaman kini.
|
![]() Assalamualaikum/Annyeonghaseyo Earth-lings! Welcome To My Blog! My name is T-sha Lavigne. Age 14. Please be nice here and enjoy your stay! :D Replace This With Your Own Profile T-sha Lavigne ![]() Create Your Badge |